Sunday 18 August 2019

KESAN-KESAN MENJUAL BELI BARANGAN HARTA INTELEK.

Kegiatan ini merupakan kegiatan yang patut dihentikan serta merta bagi mengelakkan berlakunya lebih risiko lagi kegiatan ini. Kesan-kesan ini sangat memberi impak kepada Negara , Individu , dan Masyarakat. Antaranya ialah;

1) Menyebabkan ekonomi negara merosot. 
-Hal ini berpendapat bahawa , pendapatan negara akan berkurangnya cukai yang dihasilkan kepada industri pengeluaran yang berasaskan barangan produk yang tidak asli.Justeru itu, bagi pengeluar yang menghasilakn produk atau barangan yang asli ini , akan mengalami krisis kemerosotan dari segi jualan syarikat.Oleh itu, pengeluar-pengeluar yng mengeluarkan barangan asli ini tidak akan dapat menampung bebanan cukai yang dikenakan oleh kerajaan.

2)Akan menyebabkan kesan langsung terhadap industri hiburan di negara ini.
-Perkara ini terjadi  kerana berlakunya pencetakan secara haram CD , VCD , DVD , ALBUM-ALBUM MUZIK artis-artis dan filem-filem tempatan yang lain. Selain itu, penyebaran atau muat turun bahan-bahan ini di internet yang diambil tanpa kebenaran juga dikira tidak sah dan menyebabkan perkara sedemikian berlaku.


3) Membawa kepada kesan negatif terhadap masyarakat.
-Dengan wujudnya kegiatan ini, maka video video yang berunsur negatif seperti video lucah mudah didapati pelanggan kerana video seperti ini dapat dengan mudah dan dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak melalui kaedah cetak rompak. Para pelanggan khususnya remaja dan pelajar mudah terpengaruh dengan video seperti ini dan kesannya mereka mudah terlibat dengan kes kes jenayah seperti kes rogol dan maksiat.








No comments:

Post a Comment