ISI DAN HURAIAN
Barangan harta intelek tiruan merupakan barangan yang diciplak tanpa mendapat kebenaran pemilik yang asal.
Contoh barangan harta intelek adalah:
1) PATEN
Merupakan satu hak ekslusif yang dianugerahkan untuk sesuatu reka cipta, sama ada produk atau proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah. Paten merujuk kepada ciptaan baru atau inovasi produk sedia ada.
1) PATEN
Merupakan satu hak ekslusif yang dianugerahkan untuk sesuatu reka cipta, sama ada produk atau proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah. Paten merujuk kepada ciptaan baru atau inovasi produk sedia ada.
2) CAP DAGANGAN
Dikenali sebagai "Trade Mark" , membezakan barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak lain. Contohnya logo, gambar, nama, huruf, nombor, atau kombinasi tersebut
Dikenali sebagai "Trade Mark" , membezakan barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak lain. Contohnya logo, gambar, nama, huruf, nombor, atau kombinasi tersebut
3) HAK CIPTA
Hak eksklusif yang diberikan undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepad pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka setelah diterjemahkan di dalam sebarang bentuk seperti persembahan , penulisan dan lain-lain.
Hak eksklusif yang diberikan undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepad pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka setelah diterjemahkan di dalam sebarang bentuk seperti persembahan , penulisan dan lain-lain.
4) PETUNJUK GEOGRAFI
Tanda yang digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan di mana asalnya barangan tersebut. Contohnya , barangan seperti produk-produk semula jadi atau pertanian atau apa apa keluaran kraftangan atau industri.
Tanda yang digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan di mana asalnya barangan tersebut. Contohnya , barangan seperti produk-produk semula jadi atau pertanian atau apa apa keluaran kraftangan atau industri.
5) REKA BENTUK PERINDUSTRIAN
CIRI CIRI BARANGAN JUAL BELI DALAM ISLAM :
i) Halal dan bersih
- Barangan yang mestilah didapatkan daripada pembekal yang sah serta berdaftar untuk memastikan kesahihannya.
ii) Berkeadaan baik
- Barangan yang dijual hendalah dalam keadaan yang baik serta mempunyai kualiti yang tinngi serta boleh berfungsi dengan baik.
iii) Ada tanda harga
- Harga merupakan perkara yang penting dalam sesuatu penjualan, setiap barangan haruslah mempunyai tanda harga supaya dapat mengelakkan penipuan dalam transaksi jual beli.
iv) Belum luput tarikh
- Barangan mestilah dalam kondisi yang baik dan tarikh luput mesti dinyatakan supaya pembeli dapat barangan yang tidak rosak.
ISU ISU SEMASA BARANGAN TIRUAN
ISU 1
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Seorang bekas pemilik kedai didenda RM5,500 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki 108 beg tangan jenama tiruan, tiga tahun lalu.
Hakim Manira Mohd. Nor menjatuhkan hukuman itu selepas Tan Ai Wei, 40, selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dilakukan di sebuah premis, Kompleks Kenanga Wholesale City, Jalan Gelugor di sini kira-kira pukul 12.20 tengah hari, 20 Oktober 2015.
Bagi kedua-dua pertuduhan, wanita itu selaku pemilik perniagaan V & V Unique Handbags didakwa dalam kawalannya untuk pembekalan sebanyak 83 utas beg jenama Louis Vuitton (LV) dan 25 utas beg jenama Gucci yang menggunakan perihal dagangan palsu seolah-olah barangan tersebut tertakluk dengan cap dagangan berdaftar iaitu Louis Vuitton dan Gucci.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8(2)(B) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), K. Selvarajoo memohon hukuman setimpal atas alasan tindakan OKS telah menjalankan perniagaan dengan menjual barangan tiruan menyebabkan pengguna terpedaya selain menjejaskan imej negara dengan tempat lambakan barangan tiruan.
“Kegiatan penjualan barang tiruan ini boleh menyebabkan pelabur beralih ke negara lain kerana isu harta intelek dan kreativiti tidak dilindungi. Hukuman literal sahaja boleh mengurangkan aktiviti penjualan barangan tiruan di negara kita yang semakin berleluasa,” katanya.
Ai Wei yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum atas alasan dia tidak lagi berniaga kerana telah bekerja di sebuah kilang, perlu menanggung dua anak selain tidak mampu membayar denda yang tinggi. - UTUSAN ONLINE
ISU 2
ISU 2
Neelofa, Vivy suarakan kebimbangan barangan tiruan jejas usahawan tempatan
18 Jun 2018 3:34 PM
KUALA LUMPUR - Usahawan selebriti Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa mahu kerajaan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi membendung barangan ciplak dan tiruan yang berleluasa ketika ini.
Ketika hadir di Menara Ilham bagi mewakili usahawan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, pengasas jenama Naelofar Hijab itu berkata, penguatkuasaan haruslah bersifat menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi yang terlibat.
"Terdapat banyak sangat sasaran pendua yang disediakan di luar sana tapi tidak ada outcome kualit. Jadi perjumpaan hari ini saya banyak kongsikan daripada perspektif perniagaan saya dan masalah dalaman dalam Naelofar Hijab.
"Sebagai contoh produk tiruan yang kita hadapi. Kami pernah bekerjasama dengan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Kastam tapi kosnya sangat tinggi bagi kita untuk terus mengatasinya jadi saya mencadangkan kepada majlis mungkin bila kita buat laporan mereka boleh bekerjasama dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk tutup semua akaun ke atas mereka yang jual barangan tiruan," katanya.
Neelofa juga mahu kerajaan mempermudahkan proses pinjaman perniagaan dengan menyediakan proses dokumentasi dan informasi yang secukupnya di bawah satu bumbung.
"Saya berharap apa yang mereka struktur semula nanti akan menyenangkan dan membolehkan ramai usahawan Malaysia meneroka pasaran lebih luas dan boleh pergi ke peringkat global dengan lebih senang sebab sebelum ini keadaannya sangat teruk. Kita tidak tahu di mana usaha seterusnya dan apa yang perlu dilakukan seterusnya kerana tidak ada panduan daripada agensi-agensi ini. Jadi saya berharap selepas ini semuanya akan jadi lebih baik dan lebih mudah bagi kami," katanya.
Sementara itu, pengasas FashionValet and dUCK Group, Datin Vivy Sofinas Yusof atau Vivy Yusof berkata, pihaknya juga berdepan masalah barangan tiruan terutama dari Vietnam dan China.
Justeru, beliau mahu agensi penguat kuasa terutama kastam mencari jalan penyelesaian bagi membendung perkara itu kerana barangan tiruan dan ciplak itu boleh memberi kesan kepada perniagaan tempatan untuk berkembang dengan baik. - Bernama
ISU 3
KASUT TIRUAN BERNILAI RM 324,110.00 DIRAMPAS
PUTRAJAYA, 21 FEBRUARI 2019 – Lebih 11,000 pasang kasut tiruan pelbagai jenama bernilai kira-kira RM 324,110.00 berjaya dirampas dalam serbuan yang dijalankan pegawai-pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya ke atas lapan premis yang menjual pelbagai kasut di ibu negara semalam.
Operasi melibatkan 13 pegawai bersama pemilik cap dagang berjaya merampas kasut tiruan menggunakan nama-nama seperti Gucci, Nike, Adidas, Puma, Converse dan Tommy Hilfiger.
Kes diambil di bawah Seksyen 8 (2) (C), Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya untuk pembekalan apa-apa barang-barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan.
Dalam sidang media khas di KPDNHEP di sini, Pengarah Penguatkuasa,
Dato Iskandar Halim Sulaiman berkata, operasi ini dijalankan hasil daripada maklumat dan kerjasama orang ramai tentang kegiatan penjualan kasut-kasut tiruan ini.
Dato Iskandar Halim Sulaiman berkata, operasi ini dijalankan hasil daripada maklumat dan kerjasama orang ramai tentang kegiatan penjualan kasut-kasut tiruan ini.
Katanya, hukuman denda tidak lebih RM15,000.00 boleh dikenakan ke atas suatu pertubuhan perbadanan bagi setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya, denda tidak melebihi RM35,000.00 bagi setiap barangan yang menggunakan perihal dagangan palsu.
Dalam seksyen yang sama, denda sebanyak RM10,000.00 bagi setiap barangan atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun boleh dikenakan ke atas orang yang bukan pertubuhan perbadanan atau kedua-duanya sekali dan dengan tidak lebih RM25,000.00 bagi setiap barangan bagi kesalahan kedua dan seterusnya atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
KPDNHEP menurutnya, akan bekerjasama dengan pemilik cap dagangan dan agensi-agensi lain dalam usaha melindungi hak pengguna dan hak harta intelek milik industri.
Hadir sama, kedua-dua Timbalannya, Suhaimi Mohd sari dan Haji Rosli Ahmad.
Sementara itu, dalam satu operasi KPDNHEP Putrajaya ke atas sebuah premis yang menjual pelbagai jenis jam tangan turuan berjenama Puma, Daniel Wellingtton dan Casio di Johor Bharu semalam berjaya meramnpas jam tiruan bernilai hampir RM14,466.00.
Operasi yang melibatkan tiga pegawai penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya itu dibuat hasil maklmuat dan kerjasama orang ramai. Kes disiasat di bawah Seksyen 8(2) (C) Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda atau penjara bagi kesalahan pertama dan seterusnya.
Oleh : Bahagian Komunikasi Korporat KPDNHEP
No comments:
Post a Comment