1) https://nikalila.wordpress.com/2012/03/23/masalah-cetak-rompak-di-malaysia-jenis-punca-kesan-langkah-mengatasi-dan-teori-teori-psikologisosiologi-yang-berkaitan-dengan-masalah-cetak-rompak-3/
2) https://www.kpdnhep.gov.my/kasut-tiruan-bernilai-rm-324110-00-dirampas/?lang=en
3) https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/didenda-miliki-108-beg-lv-gucci-tiruan-1.764749
4)http://www.kosmo.com.my/negara/neelofa-vivy-suarakan-kebimbangan-barangan-tiruan-jejas-usahawan-tempatan-1.692418
5)http://unikversiti.blogspot.com/2011/07/hukum-menjual-dan-mengguna-barang-cetak.html
6)https://hzac.com.my/jenis-jenis-harta-intelek-yang-anda-perlu-tahu/
ISU 3
KASUT TIRUAN BERNILAI RM 324,110.00 DIRAMPAS
PUTRAJAYA, 21 FEBRUARI 2019 – Lebih 11,000 pasang kasut tiruan pelbagai jenama bernilai kira-kira RM 324,110.00 berjaya dirampas dalam serbuan yang dijalankan pegawai-pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya ke atas lapan premis yang menjual pelbagai kasut di ibu negara semalam.
Operasi melibatkan 13 pegawai bersama pemilik cap dagang berjaya merampas kasut tiruan menggunakan nama-nama seperti Gucci, Nike, Adidas, Puma, Converse dan Tommy Hilfiger.
Kes diambil di bawah Seksyen 8 (2) (C), Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya untuk pembekalan apa-apa barang-barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan.
Dalam sidang media khas di KPDNHEP di sini, Pengarah Penguatkuasa,
Dato Iskandar Halim Sulaiman berkata, operasi ini dijalankan hasil daripada maklumat dan kerjasama orang ramai tentang kegiatan penjualan kasut-kasut tiruan ini.
Dato Iskandar Halim Sulaiman berkata, operasi ini dijalankan hasil daripada maklumat dan kerjasama orang ramai tentang kegiatan penjualan kasut-kasut tiruan ini.
Katanya, hukuman denda tidak lebih RM15,000.00 boleh dikenakan ke atas suatu pertubuhan perbadanan bagi setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya, denda tidak melebihi RM35,000.00 bagi setiap barangan yang menggunakan perihal dagangan palsu.
Dalam seksyen yang sama, denda sebanyak RM10,000.00 bagi setiap barangan atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun boleh dikenakan ke atas orang yang bukan pertubuhan perbadanan atau kedua-duanya sekali dan dengan tidak lebih RM25,000.00 bagi setiap barangan bagi kesalahan kedua dan seterusnya atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
KPDNHEP menurutnya, akan bekerjasama dengan pemilik cap dagangan dan agensi-agensi lain dalam usaha melindungi hak pengguna dan hak harta intelek milik industri.
Hadir sama, kedua-dua Timbalannya, Suhaimi Mohd sari dan Haji Rosli Ahmad.
Sementara itu, dalam satu operasi KPDNHEP Putrajaya ke atas sebuah premis yang menjual pelbagai jenis jam tangan turuan berjenama Puma, Daniel Wellingtton dan Casio di Johor Bharu semalam berjaya meramnpas jam tiruan bernilai hampir RM14,466.00.
Operasi yang melibatkan tiga pegawai penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya itu dibuat hasil maklmuat dan kerjasama orang ramai. Kes disiasat di bawah Seksyen 8(2) (C) Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda atau penjara bagi kesalahan pertama dan seterusnya.
Oleh : Bahagian Komunikasi Korporat KPDNHEP